top of page

Mohammad Sufian Bin Talib, merupakan anak ke-empat dari tujuh orang adik beradik hasil perkahwinan En. Talib Bin Harun dan Puan Rosnah Binti Daud. Beliau dilahirkan di Hospital Besar Melaka pada 3 Mac 1988.



 

Beliau membesar di Segamat, Johor. Mendapat pendidikan awal seawal umur 6 tahun di Tadika Kemas seterusnya menyambung pelajaran diperingkat rendah di Sekolah Kebangsaan Batu Anam pada 1995 sehingga tahun 2000. Meneruskan pengajian diperingkat menengah pada 2001 sehingga 2003 di Maahad Ihya al-Ahmadi, Banting Selangor. Menyambung pengajian menengahnya di Madinatul Ilmi, Bachok Kelantan sekitar tahun 2004-2005. Beliau telah meneruskan pengajiannya ke Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan dalam program diploma Undang-Undang Syariah di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dari tahun 2006 hingga 2009. Beliau seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringat Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Islam, Fiqh & Usul Fiqh di Univerisiti Al al-Bayt Jordan selama 2 tahun.  



Tesis pertama beliau yang bertajuk 'Tajassus, Mengintip Pesalah Khalwat; Satu Tinjauan Hukum Menurut Perspektif Syarak" telah melayakkan beliau dianugerahi Diploma pada Majlis Konvokesyen KIAS pada 2009. Beliau aktif menulis sama ada di dalam blog juga di dalam makalah-makalah dan majalah. Merupakan sebahagian daripada kolumnis di projekdialog.com. Sering juga menulis helaian-helaian artikel sebagai edaran dakwah dan akhbar-akhbar arus perdana Malaysia. Beliau pernah mengejutkan Malaysia satu ketika dahulu dengan pencerahan beliau berkenaan AJL dan unsur-unsur luar Masonic. Buku terbaru beliau kini bertajuk 'Ajaibnya Minda'.



Pernah berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik kepada Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah al-Qari', Penyarah Universiti Malaya pada awal 2009. Selain itu, beliau juga aktif dalam kerja-kerja dakwah siber dan mengetuai usrah bersama anak muda. Hasil minat dengan dunia pengkajian menyebabkan beliau kerap berjumpa dengan tokoh-tokoh ilmuan tanah air seperti, Dr. Ahmad Najib Bin Abdullah, Dr. Johari Mat, Dr. Maszlee Malik, Dr. Zakaria Daud, Maulana Asri Yusof, Us Hasyimi Che Pa, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dan lain-lain lagi.



Pernah berkhidmat di Bahagian Perundangan dan Guaman Syariah di Firma Tetuan Zainul Rijal Talha & Amir. Kini beliau sedang menjalani kursus diperingkat Sarjana di Open University Malaysia dalam bidang Psikologi Kaunseling.  

MOHAMMAD SUFIAN BIN TALIB

(Dip. Jurisprudence, KIAS)
(B.Sc (Hons) in Islamic Law, Jurisprudence & Its Foundation, AABU Jordan)
(Accredited Mediator, The Accord Group Australia)

(Master, Political Science Uni. Malaya)

(Master of Counselling [candidate], OUM) 

© THE GYM Ltd. all rights reserved.

OPENING HOURS

TUESDAY-THURSDAY-FRIDAY

8.00PM-9.15PM

​SUNDAY

​9.00AM

 

ADDRESS

FIND​ US

  • facebook-square
  • twitter-bird2-square
  • https://plus.google.com/117167403531

JB 8979 JALAN ASIA SELATAN 3A

TAMAN ASIA SELATAN

77200 BEMBAN

MELAKA NEGERI BERSEJARAH

Tel: 017 - 760 4367
 

bottom of page