top of page

CLASSES

1. Kelas Qiraa'ati

​

Kelas Qiraa'ti merupakan pengajian awal untuk anak-anak yang baru dipermulaan berkenalan dengan al-Quran. Metodologi pengajian yang digabung jalin antara kaedah klasik - kontemporari. Alat bantu mengajar yang canggih digunakan untuk memudahkan proses pembalajaran dan ingatan murid-murid. Kelas ini khas untuk murid-murid bermula lima (5) tahun dan ke atas yang tidak mempunyai asas-asas qiraa'ati. 

DOWNLOAD PDF

Tarteel & Tajweed .2



Kelas ini khusus untuk murid-murid yang sudah mampu mengenal dan membaca frasa-frasa/ayat-ayat al-Quran. Dalam fasa pengajian ini, murid-murid akan diberi pendedahan berkenaan pembacaan secara bertajweed berdasarkan perbezaan baris-baris yang terdapat al-Quran Resam Uthmani juga berdasarkan hukum hakam dan nama hukum tajweed secara khusus.

​

Selain itu, murid-murid diberi pendedahan bagaimana pembacaan al-Quran dengan tarteel atau berlagu sesuai dengan saranan Rasulullah s.a.w untuk mencantikkan bacaan al-Quran. 

​

​3. Fardhu 'Ain

​

Kelas ini merupakan kelas bersama untuk kesemua murid-murid Iqra Academy sebagai tanda tanggungjawab sosial kami kepada komuniti. Murid-murid dalam kelas ini akan diberi pendedahan bagaimana kaedah yang berkait soal fardhu ain berdasarkan al-Sunnah Rasulullah s.a.w.

​

Antara yang penting untuk diberi penekanan dalam kelas ini ialah Bagaimana Perlaksanaan Solat Yang Tepat Menurut al-Sunnah, Berpuasa cara Rasulullah, Kaedah Berwudhu' Yang Tepat dan lain-lain lagi. Selain itu, kami cuba untuk memastikan anak-anak bimbingan kami menghafaz doa-doa dan zikir pagi dan petang serta memahami apa yang mereka minta di dalam doanya. ​

© THE GYM Ltd. all rights reserved.

OPENING HOURS

TUESDAY-THURSDAY-FRIDAY

8.00PM-9.15PM

​SUNDAY

​9.00AM

 

ADDRESS

FIND​ US

  • facebook-square
  • twitter-bird2-square
  • https://plus.google.com/117167403531

JB 8979 JALAN ASIA SELATAN 3A

TAMAN ASIA SELATAN

77200 BEMBAN

MELAKA NEGERI BERSEJARAH

Tel: 017 - 760 4367
 

bottom of page