top of page

2. Soleh & Solehah

​

Ibu bapa adalah pencorak masa hadapan anak-anak. Dalam dunia penuh kesibukan hari ini, Iqra Academy sangat memahami bahawa masa yang sangat terhad untuk ibu bapa memberi input berkesan kepada anak-anak merupakan cabaran dan pengorbanan. 


Berteraskan moto kami "Serving Local Community", kami berasa bahawa pendidikan akhlak anak-anak adalah inisiatif kewajipan kami bagi membantu komuniti ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat. 

3. Professional Muslim 

Iqra Academy sangat komited untuk menjadi pengeluar utama Muslim yang mempunyai cita-cita murni Untuk Islam. Dengan matlamat memperbetul persepsi masyarakat terhadap Islam, Iqra Academy sedaya upaya akan cuba menerapkan beberapa kepentingan mengapa muslim harus menjadi profesional.  

Ruang yang ada di dalam kelas akan diberi seluas-luasnya untuk Iqra Academy memberi kelebihan kepada para pelajar/murid untuk bertanya apa sahaja persoalan dan pandangan tentang Islam dan persekitaran. Dengan kaedah berkenaan, keyakinan diri akan terbina, minda akan berkembang dan keupayaan berfikir secara kritis dan profesional akan digarap sebaiknya. Ini kerana kami percaya, Islam sahaja jalan bagi memastikan generasi kita menjadi seorang profesional muslim yang hebat. 

​

​1. The Spirit Of Wahyu

Mengambil 'Ibrah dari Rasulullah s.a.w sebagai Quran Bergerak, sudah tentu ibu bapa adalah individu paling risau akan perkembangan anak-anak mereka. Dalam memastikan anak-anak sentiasa terdidik dengan acuan al-Quran, Sudah tentu pasti, kefahaman kepada maksud al-Quran sangat penting untuk dititik beratkan. 



Selain mengajarkan kepada anak-anak ilmu asas al-Quran al-Karim, Iqra Academy juga akan menerapkan modul-modul akhlak penting bersumber langsung dari wahyu ini. 

MISI DAN VISI 

​

Dalam memastikan perkembangan anak-anak kita terus seiring dengan era permodenan semasa, IQRA ACADEMY telah terlebih dahulu melihat betapa pentingnya ajaran wahyu diterap di dalam diri sanubari anak-anak. Atas rasa kebertanggungjawaban itu, IQRA ACADEMY membawakan kepada masyarakat setempat sebuah modul terbilang bagi membangun jiwa kanak-kanak bertemakan "The Spirit Of Wahyu" agar era kemodenan yang dikecapi benar-benar terisi dengan jatidiri berasaskan Wahyu al-Quran dan al-Sunnah yang sahih dari Rasulullah s.a.w.



Maka Bacalah dengan nama Tuhanmu...

© THE GYM Ltd. all rights reserved.

OPENING HOURS

TUESDAY-THURSDAY-FRIDAY

8.00PM-9.15PM

​SUNDAY

​9.00AM

 

ADDRESS

FIND​ US

  • facebook-square
  • twitter-bird2-square
  • https://plus.google.com/117167403531

JB 8979 JALAN ASIA SELATAN 3A

TAMAN ASIA SELATAN

77200 BEMBAN

MELAKA NEGERI BERSEJARAH

Tel: 017 - 760 4367
 

bottom of page